Kerajaan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said - Foto oleh Malaysia Gazzette

Kerajaan tidak bercadang untuk meminda cara Peguam Negara, Gabenor Bank Negara dan Ketua Polis Negara dilantik pada masa ini, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata pelantikan itu dilakukan mengikut undang-undang dan tiada sebab untuk meminda cara perlantikan ini di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Pelantikan Peguam Negara adalah berdasarkan Fasal (1) Perkara 145, Gabenor BNM pula mengikut Subseksyen 15 (1) Akta BNM 2009 manakala Ketua Polis Negara adalah selaras dengan Fasal (4) Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Parlimen kepada Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh.

Ramkarpal pada 1 November telah meminta pindaan dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan untuk mengurangkan kuasa Perdana Menteri dalam pelantikan pegawai-pegawai atasan.

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail sebelum ini berkata bahawa kedudukan Peguam Negara tidakada tempoh selamat seperti yang dinikmati oleh hakim-hakim mahkamah atasan.

Walaubagaimanapun, beliau mengakui bahawa Perdana Menteri patut diberi kuasa untuk menggantikan dan melantik mana-mana pegawai yang “difikirkannya layak”.

LEAVE A REPLY