Keputusan

Keputusan Anggota Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan untuk menempatkan diri dalam kalangan tiga naib presiden PAS gagal hari ini.

Selepas keputusan diumumkan, perwakilan memilih untuk mengekalkan semua tiga penyandang. Keputusan itu juga menampakkan Nasrudin tertinggal agak jauh berbanding calon lain.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong, yang membuat pengumuman itu mengesahkan Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Iskandar Abdul Samad mengekal jawatan mereka.

Menurut pengumuman itu Idris yang juga anggota parlimen Bukit Gantang memperoleh sokongan terbanyak dengan 1,062 undi, diikuti Mohd Amar (950 undi) dan Iskandar (703 undi).

Nasrudin yang sebelum ini diberi kepercayaan oleh parti itu menjadi ketua penerangan sekadar mengumpul 478 undi.

 

Keputusan hari ini menyaksikan satu daripada tiga jawatan naib presiden diisi oleh seorang tokoh profesional, iaitu Iskandar yang juga exco kanan Selangor.

Sementara itu bagi jawatan Anggota Jawatankuasa Pusat PAS, anak bekas mursyidul am parti itu, Nik Abduh Nik Abdul Aziz memperoleh undi terbanyak daripada perwakilan.

Nik Abduh memperoleh 1,005 undi, manakala tempat kedua pula ialah exco Kelantan merangkap timbalan pesuruhjaya PAS negeri itu, Datuk Dr Mohd Fadzli Hassan yang memperoleh 1,001 undi.

Berikut senarai 18 orang AJK Pusat PAS yang terpilih untuk penggal 2017 – 2019:

  1. Nik Abduh Nik Abdul Aziz (1,005)
  2. Datuk Dr Mohd Fadzli Bin Hassan (1,001)
  3. Riduan Mohd Noor (970)
  4. Datuk Mohd Nassuruddin Daud (970)
  5. Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (932)
  6. Najihatussolehah Ahmad (887)
  7. Dr Mohd Zuhdi Marzuki (878)
  8. Dr Halimah Ali (872)
  9. Sallehen Mukhyi (848)
  10. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi (797)
  11. Rosni Adam (752)
  12. Razman Zakaria (730)
  13. Dr Azman Ibrahim (730)
  14. Mokhtar Senik (724)
  15. Kamaruzzaman Mohamad (715)
  16. Abdullah Hussin (666)
  17. Misbahul Munir Masduki (639)
  18. Muhtar Suhaili (618)

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here