Keputusan

REAL Madrid hanya memerlukan dua gol untuk ke perlawanan akhir selepas menewaskan Atletico Madrid dengan 3-0 dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu. Keputusan ini sekaligus menghampakan Atletico dalam cubaan menjuarai kejohanan ini kali pertama.

Cristiano Ronaldo melakar jaringan hatrik membantu Real Madrid mengatasi Atletico Madrid.

Ronaldo meraih tiga jaringan itu pada minit ke-10, 73′ dan 86′.

Gol pertama Ronaldo dicatat dalam perlawanan yang baharu berlangsung selama 10 minit di Stadium Santiago Bernabeu di Madrid.

 Atletico Madrid nampaknya sukar mengatasi Real Madrid yang terus mendominasi permainan.

Real Madrid akhirnya memastikan kemenangan 3-0 ke atas Atletico Madrid setelah Ronaldo membolosi gawang Jan Oblak sebanyak tiga kali berturut-turut.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here