Kenyataan

Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menyatakan sistem kuota sebagai suatu penghinaan kepada kaum Melayu disifatkan sebagai ‘cetek, tidak tepat dan bermuka-muka’.

Timbalan Ketua Pemuda PKR (AMK), Dr Afif Bahardin berkata, pelaksanaan sistem itu pada awalnya berniat baik tetapi akhirnya gagal mencapai tujuan kerana amalan rasuah.

“Pelaksanaan sistem kuota dan juga beberapa polisi afirmatif sebelum ini pastinya dimulakan atas niat dan prinsip asas yang kuat iaitu sebagai satu ikhtiar untuk mengembalikan keadilan sosial serta memastikan pengagihan ekonomi yang saksama.

“Malangnya kebijakan semulia ini apabila diurus oleh mereka yang korup dan tamak telah mengakibatkan pelaksanaannya tidak mencapai maksud yang dicita-citakan.

“Maka adalah tidak tepat untuk mengatakan bahawa sistem kuota harus dianggap sebagai satu penghinaan kepada orang Melayu dan Bumiputera,” katanya pada kenyataan media hari ini.

Khairy dalam wacana¬†bersama anak muda India Malaysia mengenai Pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) baru-baru ini dilapor berkata, kaum Melayu perlu bergerak ke hadapan tanpa memerlukan sistem kuota. – Malaysiakini –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here