Kementerian

KUALA NERANG: Kementerian Pendidikan akan menunggu laporan daripada pihak berkepentingan terlebih dahulu sebelum memutuskan sebarang tindakan berhubung penggunaan gajet ‘fidget spinner’ yang kini menjadi fenomena dalam kalangan pelajar sekolah.

Jelas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, ini kerana gajet itu baru sahaja berada di pasaran dan masih belum diketahui kesan penggunaannya, sama ada boleh mengundang bahaya kepada pengguna atau pun tidak. Beliau bercakap demikian selepas merasmikan Kem Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya (Shields) bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaaan (Aadk) peringkat kebangsaan di sini, siang tadi.

Terdahulu, beliau diminta mengulas laporan media mengenai bahaya penggunaan ‘fidget spinner’ yang berkemungkinan boleh mendatangkan kecederaan dan dieksploitasi menjadi senjata berbahaya, serta saranan kepada Kementerian Pendidikan agar fenomena itu diawasi supaya tidak menjejaskan sesi pembelajaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here