Kemaskini Instagram

Kemaskini Instagram yang terbaru memberikan banyak perubahan kepada aplikasi ini. Stories Instagram mendapat tiga ciri-ciri baru dalam kemaskini kali ini. Fungsi seakan-akan Snapchat, Stories, adalah sangat popular di Instagram dan kemaskini kali ini menjadikannya lebih baik.

Kemaskini Instagram baru memberikan pengguna keupayaan untuk menggunakan Boomerang dari dalam Instagram, ‘mention’ rakan-rakan di dalam ‘post’ dan membolehkan pengguna yang telah disahkan Instagram untuk menambah pautan ‘see more’ dalam gambar atau video mereka.

Perkongsian foto dan video telah lama digunakan oleh pengguna aplikasi media sosial sejak ia mula terkenal. Menurut jurucakap Instagram, ini adalah kemaskini terbesar kepada Instagram Stories sejak pengenalannya kepada umum.

Boomerang

Sekarang, apabila pengguna menggunakan Stories Instagram, dia boleh memilih untuk mengambil video Boomerang secara lebih cepat dari dalam aplikasi itu sendiri. Boomerang adalah aplikasi Instagram yang sebelum ini berasingan. Ia mampu merakam video pendek berdurasi satu saat yang akan berulang-ulang. Ciri ini kini boleh didapati di dalam aplikasi Instagram, menjadikannya lebih mudah untuk pencipta untuk berkongsi sama ada gambar, video atau klip Boomerang.

‘Mention’

Ciri kedua adalah keupayaan untuk ‘mention’ seseorang dalam Instagram Story. Hanya menggunakan “@” simbol diikuti dengan nama pengguna yang satu lagi sama ada rakan atau pengguna lain di foto atau video. Anda boleh mengklik ‘mention’ untuk pergi ke profil pengguna yang disebutkan itu. Pengguna akan mendapat Mesej Langsung di Instagram apabila di ‘mention’ seseorang.

Pautan ‘See More’

Akhirnya, Instagram sedang menguji pautan ‘see more’, menurut sumber laman sesawang TechCrunch. Pautan ‘see more’ yang bakal diperkenalkan ini akan membolehkan pemilik akaun untuk meletakkan pautan laman sesawang yang boleh dilayari pada ‘post’ mereka. Apabila seseorang mengklik pada pautan itu, laman sesawang berkenaan akan di buka di dalam aplikasi Instagram. URL laman sesawang berkenaan tidak akan dapat dilihat, hanya akan ada butang ‘see more’ akan muncul di bahagian bawah Story. Sehingga kini, hanya beberapa pengguna yang disahkan telah dapat menggunakan ciri terbaru ini.

Kemaskini Instagram terbaru yang diperkenalkan ini kini boleh dimuat turun pada peranti iOS, Android dan Windows 10.

LEAVE A REPLY