Kebangkitan

Keputusan pilihan raya di United Kingdom (UK) pada hari Khamis memberi kejutan dan “mimpi ngeri” kepada Perdana Menteri Theresa May kerana parti Konservatif pimpinannya gagal memperoleh majoriti yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, pilihan raya itu membawa kegembiraan kepada pemimpin parti Buruh Jeremy Corbyn kerana parti yang diterajuinya mencatatkan pencapaian yang agak memberangsangkan.

Keputusan itu bakal melakar sejarah dengan Corbyn mempunyai peluang yang hampir sama rata dengan May untuk menjadi perdana menteri.

Perkembangan ini berlaku ketika UK, dalam masa 11 hari, dijangka mengadakan rundingan dengan negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) mengenai pengunduran Britain daripada blok itu.

Para pemerhati meletakkan jumlah kerusi yang kemungkinan dimenangi oleh Konservatif ialah 314 (Konservatif dapat 312) dan Parti Buruh 266 ( Buruh peroleh 260).

Pada satu ketika semasa liputan oleh BBC, pengulas pilihan raya veteran BBC David Dimbleby mencemuh Emily Thornbury yang dinamakan sebagai setiausaha dalam negeri dalam kabinet bayangan Parti Buruh apabila membayangkan tentang kemungkinanj Parti Buruh membentuk kerajaan.

Situasi sekarang menyebabkan May kini bergantung kepada pengundi di Ireland Utara untuk mengekalkan cengkaman dalam kerajaan pimpinannya.

Ahli-ahli politik kanan parti Buruh berpendapat bahawa masanya sudah tiba bagi Corbyn membuktikan kemampuannya bagi mengenepikan saingannya.

Jika ada apa-apa yang menjadi pengajaran daripada pilihan raya ini ialah politik telah berubah dan bahawa media arus perdana tidak lagi memainkan peranan seperti sebelumnya. Corbyn telah lama berjuang sebagai “underdog” di peringkat akar umbi dengan bersuara melalui Tweeter.

Seorang pengulas politik membuat kesimpulan mengenai perkembangan sekarang seperti keadaan politik negara itu seolah-olah kembali seperti tahun 1970.

Istilah Corbynistas digunakan untuk merujuk kepada pengundi muda yang menunjukkan kebangkitan dan pelajar yang sudah bosan dengan politik “orang besar” dan pembayaran bonus yang lumayan sedangkan rakyat tidak mempunyai perumahan dan menikmati perumahan yang selesa.

Mereka bersuara bukan mengenai proses Brexit tetapi mengenai isu perumahan, potongan perbelanjaan dan kesihatan negara.

Dalam masa sebulan bagi memanggil pilihan raya mengejut itu, pendapat umum mula memberi rangsangan kepada parti Buruh. Corbyn menjelajah ke seluruh negara dan berucap pada perhimpunan yang belum pernah berlaku dihadiri oleh orang ramai. (Kali terakhir siatusi seperti itu berlaku ialah semasa era Winston Churchill).

Pada akhirnya, pungutan pendapat menunjukkan bahawa Corbyn menjadi favourite bagi menyandang jawatan perdana menteri dan isu-isu nasional, bukan Brexit, menjadi isu utama sebelum pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya.

Politik telah berubah di Britain dan akan mencetuskan situasi yang bakal menggegarkan pada minggu-minggu akan datang.

– Bernama

SHARE
Previous articleIslamic State Plans To Attack Saudi Arabia
Next articleFakta dan Auta Dalam Berita
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here