kastam

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya mematahkan satu cubaan sindiket penyeludupan di Pelabuhan Sepanggar dengan membuat rampasan sebanyak 62 buah kontena memuatkan barangan yang dianggarkan bernilai RM5.24 juta.

Kontena berkenaan yang memuatkan minuman keras, rokok, beras dan tayar melibatkan duti import bernilai RM37.14 juta.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Malaysia (Bahagian Penguatkuasaan), Dato’ Paddy Abd Halim, berkata rampasan berkenaan yang dibuat hasil daripada maklumat risikan adalah yang terbesar di Sabah tahun ini.

Antara barangan yang dirampas
Antara barangan yang dirampas

Menurut beliau, rampasan berkenaan membabitkan 853,776 liter minuman keras, 11 juta batang rokok, 25,000 kilogram beras dan 11,000 tayar kereta yang dipercayai dibawa masuk dari negara jiran dengan menggunakan 62 kontena berkenaan.

“Rampasan ini merupakan perolehan terbesar hasil daripada penggunaan konsep Pengurusan Sempadan (CBM) yang melibatkan pemeriksaam secara teliti bagi proses membawa masuk barangan ke pelabuhan,” katanya ketika sidang media semalam.

Beliau turut menyatakan, hasil rampasan ini membuktikan bahawa penubuhan CBM telah berjaya membuahkan hasil yang positif.

Menurut Paddy, kes akan disiasat mengikut Seksyen 133(1)(a) dan Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here