kanada

Birdie di tiga lubang terakhir melonjak Jhonathan Vegas untuk menjuarai Terbuka RBC Kanada dengan kelebihan satu pukulan selepas mencatat lapan di bawah par 64, awal pagi tadi.

Vegas memulakan pusingan akhir lima pukulan di belakang peneraju semalam, Brandt Snedeker dan berada dalam kelompok kedudukan kesembilan di Glen Abbey.

Namun lima birdie berturut-turut bermula pada lubang kedua oleh pemain Venezuela itu membantu dia menamatkan aksi dengan baik untuk mengumpul keseluruhan 12 di bawah par 276, sekali gus menyambar gelaran PGA kedua.

image via PGA Tour

Mengekori rapat satu pukulan di belakangnya adalah pemain muda sensasi Sepanyol, Jon Rahm (67), Martin Laird dari Scotland (67) dan Dustin Johnson dari Amerika Syarikat (69).

Kemenangan itu membolehkan pemain berusia 39 tahun itu menempah slot untuk ke Kejuaraan PGA yang bermula pada Khamis ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here