Kami

PAS Pahang memasang impian untuk menawan negeri Pahang daripada BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

PAS negeri  dilaporkan sudah merangka pelan tersendiri dengan meletakkan calon di sekurang-kurangnya 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 10 kerusi parlimen.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar, berkata pertambahan jumlah kerusi yang akan ditandingi parti itu dibuat berdasarkan kepada perkembangan semasa.

“Setelah putus dengan DAP, PAS bebas bertanding mana-mana kerusi yang ditandingi DAP sebelum ini,” katanya berucap sempena Konvensyen PAS Pahang di Kuantan dan dipetik BH Online hari ini.

DUN Pahang mempunyai 42 kerusi manakala parlimen 14. Untuk membolehkan kerajaan dibentuk, sesebuah parti atau gabungan perlu mendapat majoriti di DUN. Bermakna PAS perlu memenangi sekurang-kurangnya 21 kerusi pada PRU ke-14 nanti.

Sebelum ini seorang pimpinan PAS juga menyatakan keyakinan mereka membentuk kerajaan di Perak.

 

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu, berkata kerajaan negeri dalam keadaan tenat ketika ini – khususnya dari sudut kewangan – dan perlu diselamatkan.

“Tidak banyak hasil yang dapat dijana, antaranya kerana kegagalan memungut hasil balak, pasir, cukai tanah air dan lain-lain,” katanya seperti dilapor Harakahdaily.

Konvensyen itu dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here