justin timberlake
Cover image via Astro Awani

PENYANYI Justin Timberlake nyaris berhadapan hukuman penjara gara-gara melakukan selfie di dalam bilik pengundian.

Justin kemudiannya memuatnaik foto tersebut di akaun Instagramnya ketika melakukan undian awal di Tennessee untuk pemilihan Presiden Amerika Syarikat yang baru.

Meskipun selfie yang diambil sebenarnya berniat baik, namun dia telah melanggar undang-undang yang menyebabkan hukuman penjara.

LA Times melaporkan, kesalahan yang dilakukan oleh Justin adalah dia mengambil gambar ketika berada di dalam bilik pengundian.

“Penggunaan peralatan elektronik dalam bilik mengundi untuk mengambil gambar dan video adalah satu perbuatan yang dilarang.

“Kesalahan yang dilakukan oleh Justin boleh dikenakan hukuman penjara selama 30 hari dan denda,” kata sumber seperti dilaporkan LA Times.

Namun Justin terlepas daripada hukuman itu kerana tujuannya memuatnaik gambar tersebut adalah untuk mengajar orang ramai supaya hadir untuk mengundi pada 8 November depan.

LEAVE A REPLY