maharaja lawak mega 2017
Cover image via Ohbulan!

Hari ni merupakan pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2017. Kumpulan Zero, Bochey, Puteh, Shiro dan Dzawin telah melayakkan diri untuk merangkul kejuaraan. Zero dan Bochey sebelum ni pernah memenangi tempat pertama pada MLM. Manakala Shiro dan Puteh pernah bersaing di final dan Dzawin pula perserta solo dari Indonesia, pertama kali bertanding di peringkat ini.

Anda rasa siapa yang bakal merangkul kemenangan mutlak pada MLM 2017 ni? Nak ikutkan semua hebat-hebat belaka sampai kami pun tak tahu siapa yang akan menang. Ini tekaan kami siapa peserta yang akan dapat tempat ke-lima hingga tempat pertama.

Tempat ke-5

5

Bagi first-timer Dzawin patut bangga dengan pencapaiannya. Biarpun baru pertama kali menyertai MLM 2017, persembahannya dari minggu ke minggu boleh katakan tidak mengecewakan. Persembahannya yang bersahaja, kata-kata yang dikeluarkan jelas menarik perhatian penonton.

Tapi kalau nak dibandingkan dengan 4 kumpulan yang lain, Dzawin tak punyai aura untuk memenangi MLM 2017 kali ni.

Tempat ke-4

4

Puteh antara kumpulan yang semakin matang. Persembahan mereka kami boleh katakan lebih hebat dari Shiro. Tapi dari segi faktor pengalaman dan bilangan peminat, kami rasa Puteh terpaksa akur dengan tempat ke-4.

Tempat ke-3

3

Selepas berehat di MLM 2016, Shiro kembali menghiburkan peminat MLM pada tahun ini. Jelas sekali kekuatan pada Shiro ialah chemistry antara Shahrul dan Ajak. Shiro juga merupakan antara kumpulan yang sering mendapat HA paling banyak dari juri.

Naib Johan

2

Hmm, yang ni susah sikit kami nak ramalkan. Sebab Bochey dan Zero ialah kumpulan yang punyai ramai followers. Persembahan mereka dari minggu ke minggu tak pernah hambar.

Johan!

1

Walaubagaimana pun, kami rasa Zero akan sekali merangkul kejuaraan MLM 2017. Persembahan mereka sering buat juri tetap gelak bagai nak gila. Mempunyai trademark tersendiri serta penampilan Melati yang sering menggelikan hati penonton.

Ini hanya pendapat kami, mungkin kena dan mungkin tidak. Sama-sama kita saksikan MLM 2017 malam ni. Sediakan popcorn dan teh ais sekali ya. Bagaimana pula dengan ramalan anda?

Baca lagi: Wajah Baru Maharaja Lawak Mega 2017

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here