juang

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memuji aksi pemain perseorangan wanita negara, Tee Jing Yi atas semangat juang beliau sepanjang perlawanan menentang Akane Yamagughi dari Jepun, di Sukan Olimpik Rio 2016, hari ini.

“Beliau tidak pernah berputus asa. Semangat juang beginilah yang patut mendapat pujian, tepukan sanjungan yang gemuruh, dari kami penyokong anda. #TeamMalaysia #Rio2016,” kata Najib dalam laman rasmi Twitter beliau.

Jing Yi menamatkan kempen Olimpik selepas tewas 18-21, 5-21 kepada Yamaguchi dalam perlawanan awal kumpulan di Pavilion Riocentro 4 di Rio de Janeiro.

LEAVE A REPLY