jose

Manchester United, Jose Mourinho mendedahkan mengenai ‘pertarungan sulit’ dengan seorang pengurus yang tidak dinamakan demi mendapatkan semula pemain Paul Pogba.

Walaupun Pogba menandatangani perjanjian di Old Trafford tetapi Mourinho sebenarnya terpaksa bekerja keras untuk meyakinkan pemain itu bahawa ia merupakan satu pilihan tepat.

Pengurus kelahiran Portugal itu mengakui menghujani Pogba dengan banyak mesej dan panggilan telefon, berikutan pemain berkenaan turut dipujuk oleh seorang lagi pengurus dari ‘kelab besar’.

Bercakap kepada Goal, Mourinho berkata: “Adalah sukar untuk meyakinkan dia. Saya buat banyak (perbualan) di telefon, banyak SMS (khidmat pesanan ringkas).

“Saya rasa dia dapat satu (tawaran) daripada seorang pengurus dari kelab besar yang lain, diikuti dengan saya.

image via AS

“Saya terpaksa berusaha keras untuk meyakinkan dia supaya memilih kami berbanding yang ‘satu’ lagi,” ujar Mourinho.

Bagaimanapun, usaha keras Mourinho berbayar selepas pemain tengah skuad Perancis itu memutuskan untuk kembali bermain di Manchester United, kelab pertama yang disertainya. – Mail Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here