john

Pep Guardiola membelanjakan STG37 juta (RM200.4 juta) bagi membawa masuk Leroy Sane dan kini mahu pihak pengurusan Manchester City mendapatkan John Stones.

Pengurus City itu akan meningkatkan usahanya bagi memastikan bintang muda Everton yang dianggarkan bernilai STG50 juta (RM270.8 juta) menyarung jersi skuad The Citizen yang menjadi sasaran nombor satunya.

Bagaimanapun, Guardiola bimbang dengan desakan Everton yang menyifatkan masih ada jurang yang ketara antara kedua-dua kelab mengenai nilai sebenar Stone.

Sane menandatangani kontrak selama lima tahun bersama City daripada Schalke 04, semalam.

image via Mirror UK

Everton ketika ini masih lagi belum boleh membuat keputusan biarpun City sudah mengemukakan tawaran sebanyak STG40 juta (RM216.6 juta) bagi mendapatkan pemain pertahanan tengah itu.

Sebelum ini, Everton menolak idea untuk membuat pertukaran pemain termasuk dengan bayaran wang tunai dengan City bersedia untuk mengorbankan Wilfried Bony.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here