Keluarga
Image via FMT

KUALA LUMPUR: Keluarga Low Taek Jho mengambil tindakan mahkamah untuk menghentikan arahan Jabatan Kehakiman (DOJ) yang menyita aset dibeli oleh ahli perniagaan tersebut.

Bapanya, abang dan dua orang ahli keluarga yang berada di Amerika Syarikat merujuk kes mereka sebagai “benefiaciaries” iaitu sesuatu amanah milik keluarga yang mempunyai hak ke atas aset mereka, Bloomberg melaporkan hari ini.

Sesuai dengan pengaduan semalam di mahkamah persekutuan Los Angeles, keluarga Low juga berkata bahawa mereka terpaksa memfailkan tuntutan bagi aset sendiri kerana pemegang amanah Swiss telah menolak untuk bertindak di atas tindakan undang-undang yang difailkan oleh DOJ pada bulan Julai 2016.

Keluarga Low mendakwa pemegang amanah takut untuk melawan saman sivil yang didakwa boleh mendedahkan mereka kepada “liabiliti jenayah dalam pengubahan wang haram”.

Isu 1MDB secara khusus menamakan Riza Aziz, Jho Low, Khadem al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny sebagai penama salah laku

Menurut Bloomberg, Low sebelum ini telah menafikan sebarang salah laku.

LEAVE A REPLY