#quranhour
Foto oleh documentarybox.com

Program ‘World #QuranHour‘ yang disertai oleh umat Islam di seluruh dunia hari ini turut disambut secara sederhana oleh jemaah haji Malaysia di Arafah sedang¬†dua juta jemaah haji sedang mengerjakan Wukuf.

Program ini telah dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam satu majlis ringkas.

Turut hadir ialah Pengerusi Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Johan Abdullah dan ahli lembaga pengarah TH Tan Sri Badruddin Amiruldin.

“Program ini adalah sangat penting kepada umat Islam di seluruh dunia yang kini memerhatikan Hari Wukuf pada hari ke-9 Zulhijjah,” katanya dalam ucapannya.

Beliau juga berkata, umat Islam perlu bersatu dan program itu sepatutnya disambut dengan sepenuh hati.

“Program #QuranHour telah menggalakkan kita untuk membaca dan berpegang kepada kitab suci ini. Umat Islam perlu menghayati kandungan al-Quran dan maksud tersembunyi yang terdapat di dalamnya supaya ia boleh digunakan dalam kehidupan seharian,” katanya.

Terdahulu, program itu, yang bermula selepas solat Subuh telah dimulakan dengan tazkirah mengenai kebaikan membaca al-Quran.

Perhimpunan besar-besaran Wukuf bermula hari ini selepas matahari terbenam dan berterusan sehingga subuh ke-10 Zulhijjah (esok).

LEAVE A REPLY