JDT
Foto hadapan oleh FMT

PETALING JAYA: Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan untuk mengurniakan sebuah pesawat model Gulfstream 550 kepada Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), hari ini.

Menurut kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers, pengangkutan mewah itu bakal dapat digunakan pegawai dan pemain JDT pada pertengahan tahun depan.

JDT
Pesawat persendirian yang dihadiahkan Sultan Johor kepada pasukan bola sepak JDT

Kehebatan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku pemilik kelab ini tidak perlu disangkal lagi dan dengan pemberian hadiah istimewa itu, JDT melakar satu lagi sejarah dalam arena sukan sebagai kelab pertama yang memiliki pengangkutan udara sendiri.

Dalam masa sama, ribuan kata-kata semangat dan kegembiraan ditulis peminat yang tidak henti memuji usaha Sultan Ibrahim dan anaknya, Tunku Ismail dalam terus mengangkat kelab bola sepak ini ke peringkat lebih tinggi.

 

“Kalau kepala ok, Inshaallah smpai ke ekor akan okay. Tahniah rakyat Johor. Bersyukur pada Allah kerana dapat Sultan yang amat baik. Doakan saya murah rezeki dapat pergi negeri yang bertuah ini. Amin,” tulis Hadi Shaarani.

JDT yang melakar sejarah sebagai juara Piala AFC tahun lalu, sebelum ini telah menerima sumbangan RM50 juta daripada Sultan Ibrahim.
Baginda juga berkenan mengurniakan tanah seluas 28 hektar pemberian kerajaan negeri untuk dijadikan Bandar Sukan Johor Darul Ta’zim, awal tahun ini. Bandar Sukan itu yang dirancang  di Iskandar Puteri bakal mempunyai pelbagai kemudahan termasuk hotel, pangsapuri dan pusat membeli-belah.

Sehingga kini, populariti kelab bola sepak JDT menjadi bualan hangat bukan saja di kalangan peminat bola sepak, malah semua lapisan masyarakat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here