rohingya

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang dalam proses melaksanakan projek perintis bagi memberi kebenaran kepada 300 pelarian etnik Rohingya yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) untuk bekerja di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata mereka yang berkelayakan dan memenuhi syarat ditetapkan kerajaan akan dibenarkan bekerja dalam sektor perladangan dan perkilangan.

Foto oleh FMT
Foto oleh FMT

“Walaupun Malaysia bukan negara anggota kepada Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Berkaitan Status Pelarian 1951 dan Protokol 1967, tindakan negara dalam mengendalikan imigran dan pelarian atas dasar kemanusiaan jelas membuktikan Malaysia melaksanakan tanggungjawab melebihi obligasi sedia ada negara di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, semalam.

Sejumlah 151,560 pelarian dan pemohon suaka berdaftar dengan UNHCR di Malaysia direkodkan sehingga Mei lepas.

Daripada jumlah itu, 137,261 orang berasal dari Myanmar yang terdiri daripada etnik Rohingya (52,960), Chins (42,973), Myanmar Muslim (11,232), Rakhines dan Arakanese (5,762) serta beberapa etnik lain.

 

LEAVE A REPLY