Jawatan

SHAH ALAM – Sinar Harian hari ini melaporkan terdapat dakwaan di mana Bersatu terpalit dalam aktiviti jual jawatan tertinggi peringkat bahagian di Johor.

Mendedahkan perkara itu kepada Sinar Harian, sumber yang berkepentingan dalam parti itu mendakwa, seorang individu telah ditawarkan jawatan ketua bahagian Bersatu di negeri itu namun perlu mematuhi syarat-syarat tertentu.

Di antara syarat tawaran yang diberikan menerusi aplikasi WhatsApp itu ialah individu itu perlu membayar RM250,000 untuk mendapatkan jawatan tersebut selain syarat sampingan yang perlu dipatuhi ketika jawatan itu menjadi miliknya.

image“Selain wang tunai yang perlu diberikan, syarat lain yang perlu dilaksanakan ialah menyediakan pejabat kekal, mengekalkan ahli jawatan kuasa sedia ada dan elaun bulanan mengikut ranking, memberikan gaji kepada setiausaha dan meneruskan serta menambah program di bahagian tersebut.

“Itu baru satu bahagian. Bagaimana pula dengan bahagian Bersatu yang lain?,” dedahnya kepada Sinar Harian.

Sumber tersebut turut mendedahkan, ada kalangan ketua bahagian parti itu berstatus muflis tetapi tetap dilantik.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here