rafizi
Foto oleh FMT

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini menyifatkan Datuk Jamal Yunos seorang yang “mengarut” dan menafikan dakwaan yang beliau membekalkan maklumat kepada ketua Gerakan Baju Merah itu bagi menunjukkan IS meresapi Bersih 2.0.

“Saya tidak tahu apa yang Jamal cakap. Saya tidak tahu menahu dan tidak berminat untuk ambil tahu. Jamal seorang yang mengarut. Siapa yang melayan Jamal akan sama-sama mengarut macam Jamal,” kata ahli Parlimen Pandan itu.

“Saya tidak pernah kenal Jamal. Saya tidak pernah bercakap dengan Jamal. Saya tidak pernah berhubung dengan Jamal. Saya tidak pernah bertumbuk dengan Jamal.

“Saya tidak pernah pun makan ikan bakar Jamal,” kata Rafizi, merujuk restoran Ikan Bakar Sekinchan milik pemimpin Umno itu.

jamal-daesh-is

Jamal semalam hadir bersama lebih 50 penyokong berbaju merah bagi menyerahkan apa yang didakwanya bukti berdokumen mengenai tuduhannya bulan lalu, mengaitkan Bersih 2.0 dengan militan IS.

“Sebahagian maklumat ini saya dapat daripada Rafizi. Kita dapat maklumat ini dalam waktu sebulan lepas,” kata Jamal, yang mengetuai usaha menghalang perhimpunan Bersih 5 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 19 November.

Rafizi bagaimanapun berkata beliau tidak mahu membuang masa melayan Jamal.

“Saya tidak faham kenapa media sibuk mengejar Jamal. Sekarang Jamal sudah rasa dia selebriti,” katanya.

1 COMMENT

  1. Bersih sebelum ini bebas melakukan apa saja dlm setiap demonstrasi, namun dengan kewujudan #GelombangMerah mereka mula merasa goyah dan gementar. Jamal adalah badut paling besar dalam UMNO seperti mana yang dinyatakan Rafizi, tetapi Rafizi harus sedar dia adalah Pemfitnah dan Pembohong tersohor di Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here