izara aishah
Cover image via @izaraaishahofficials

Tidak mahu terus berselindung tentang hari bahagia mereka, Adib Khalid yang juga anak tiri Datuk Siti Nurhaliza mengesahkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan Izara Aishah tahun ini.

“Ya, kami akan berkahwin tahun ini. Cuma buat masa sekarang saya belum boleh berkongsi lebih lanjut. Insya-Allah kalau sudah ada keputusan muktamad dibuat, saya akan menghebahkannya kepada semua”

“Kami masih dalam perbincangan. Apabila tiba masanya, saya akan kongsikan berita gembira ini,” jelasnya. Jika diimbas sekali, pada tahun 2014, Adib pernah menyatakan bahawa dia memberi tempoh masa 3 tahun untuk menjelaskan hala tuju hubungannya bersama Izara.

Apa pun, setelah disahkan sendiri oleh empunya badan, pastinya pasangan ini akan berkongsikan berita baik apabila segala perbincangan dengan pihak keluarga mencapai keputusan muktamad.

Baca lagi: Izara Penat Jawab Soal Kahwin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here