Isu FGV

Terdapat desas desus di mana rombakan sedang dijalankan di Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dengan pengerusi barunya yang bagi menggantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bakal diumumkan lewat hari ini.

Akhbar Berita Harian dan New Straits Times memetik sumber yang menyebut Pengerusi Telekom Malaysia Berhad (TM), Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob dijangka dilantik menggantikan Mohd Isa.

Malam tadi, Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad juga dipetik sebagai berkata, perlu ada perubahan kepimpinan di FGV, tetapi tidak menyatakan sama ada orang yang hendak digantikan adalah Mohd Isa.

Mohd Isa berdepan bantahan sejak lembaga FGV, di bawah kepimpinan beliau, meminta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV), Datuk Zakaria Arshad dan beberapa eksekutif lain untuk ‘bercuti’ atas alasan melanggar peraturan tadbir urus korporat.

Zakaria mendakwa beliau cuba menghentikan pelaburan bernilai ratusan juta ringgit yang ‘tidak masuk akal’ oleh lembaga pengarah dalam aktiviti yang tidak berkaitan dengan perniagaan teras perladangan FGV.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, laporan itu akan diumumkan pada masa yang sesuai.

SHARE
Previous articleKerajaan Batal Cadangan GST Ke Atas 60 Barangan
Next articleAdira Suhaimi Dikecam Akibat Datuk Red Menggatal
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here