POKEMON

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyeru umat Islam di negara ini supaya menghindarkan diri daripada permainan Pokemon Go.

Ketua Pengarah, Tan Sri Othman Mustapha, berkata JAKIM menyokong keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos lalu yang tidak membenarkan umat Islam membabitkan diri dengan aplikasi permainan itu atas pelbagai faktor termasuk membawa kepada kemudaratan.

POKEMON
Foto oleh FMT

“Keputusan itu adalah selari dengan pandangan hukum oleh negara-negara Islam lain yang sudah membuktikan permainan Pokemon Go ini menjadi penyebab insiden yang membahayakan sehingga meragut nyawa.

“Permainan ini juga nyata mendatangkan kesan yang negatif kepada golongan kanak-kanak dan remaja.

“Saranan ini juga selaras dengan kaedah syarak Saddu Al-Zara’i, di mana kita perlu mencegah atau menyekat jalan yang boleh membawa kepada kerosakan dan kemudaratan kepada diri kita,” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya hari ini.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY