ISLAM

BERLIN – JERMAN: ‘Keengganan beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) menerima pelarian Islam tidak boleh diterima’.

Kenyataan tegas itu dikeluarkan Canselor Jerman, Angela Merkel, kelmarin selepas negara terbabit mencadangkan sistem kuota untuk membahagikan migran di blok tersebut.

“Ia adalah satu pendirian yang tidak baik apabila ada negara berkata secara umum mereka enggan menerima pelarian Islam. Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing untuk mencari penyelesaian kepada krisis ini,” katanya.

EU
Perdana Menteri Slovakia Robert Fico

Difahamkan, perkara itu disuarakan oleh beliau selepas Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico berikrar tidak akan sesekali membawa masuk migran Islam ke negara tersebut.

Selasa lalu, Perdana Menteri Republik Czech, Bohuslav Sobotka turut menyatakan pendirian sama dan mencadangkan setiap negara anggota EU diberi pilihan untuk menetapkan jumlah pelarian yang akan diterima oleh mereka.

Sebelum ini, Berlin menerima kemasukan kira-kira sejuta pelarian kebanyakannya dari Syria, Iraq dan Afghanistan selepas Merkel melaksanakan dasar buka pintu kepada golongan terbabit pada September lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here