iPhone 7 atau iPhone 7 Plus

iPhone 7 dan iPhone 7 Plus masih belum masuk ke pasaran negara kita. Para peminat telefon pintar terutama yang masih belum pernah menggunakan peranti keluaran Apple ini pastinya tertanya-tanya sama ada iPhone 7 atau iPhone 7 Plus yang patut dipilih sekiranya mereka ingin beralih angin daripada Android.

Secara kasar, kedua-dua iPhone ini mempunyai spesifikasi yang sama. Yang nyata berbeza adalah saiz dan kameranya sahaja. Ini mengelirukan kepada pengguna untuk membuat pilihan, terutama apabila persoalan mengenai harganya diketengahkan.

Secara keseluruhan, kelihatan iPhone 7 adalah sesuai untuk semua pengguna. Saiznya yang kecil menjadikan ia lebih menarik untuk digunakan. Namun, Iphone 7 Plus mempunyai dwi-kamera yang tiada pada iPhone 7 yang menawarkan gambar yang lebih cantik.

Berikut adalah pecahan secara ringkas bagi membantu anda membuat keputusan.

  1. Beli iPhone 7 jika anda benci telefon besar.
  2. iPhone 7 lebih baik untuk wang anda. Jika anda tidak beli iPhone 7 Plus, anda sebenarnya tidak hilang banyak. Cuma saiz skrin dan dwi-kamera sahaja.
  3. Beli iPhone 7 Plus jika anda mahu jangka hayat bateri yang lebih lama. Ia mempunyai bateri yang lebih besar yang juga tahan lebih lama.
  4. Beli iPhone 7 Plus jika anda banyak melayari web atau bercadang untuk menonton banyak video pada telefon anda. Skrin iPhone 7 Plus yang lebih besar pasti akan memberikan banyak kelebihan.
  5. Bagi mereka yang meminati fotografi dan bercadang untuk mengambil banyak gambar bokeh, sila beli iPhone 7 Plus. Ia mempunyai dwi-kamera yang mampu memberikan hasil bokeh pada imej anda.
  6. Tetapi perlu diingat bahawa jika anda membeli iPhone 7 Plus, bukan sahaja anda akan membayar lebih, tetapi juga akan mendapatkan telefon yang agak besar dan berat untuk dimuat ke dalam poket anda.

Jadi, iPhone 7 atau iPhone 7 Plus?

Jika persoalan ini diajukan kepada saya, tentunya saya akan memilih iPhone 7. Ini kerana saiz iPhone 7 Plus yang agak besar menyebabkannya sukar untuk dimuat ke dalam poket. Dwi-kamera adalah satu kelebihan, namun kualiti gambar pada kedua-dua peranti dilihat hampir sama sahaja.

LEAVE A REPLY