iPhone 7
Image via ZONEofTECH Youtube Channel

Apabila Apple mengumumkan iPhone 7, perkara pertama yang pastinya berlegar di minda peminat iPhone adalah patut atau tidak mereka bertukar kepada model terbaru ini? Sekiranya anda pengguna iPhone 6s, tentunya persoalan ini akan lebih merumitkan anda berbanding mereka yang menggunakan model terdahulu sebelum itu.

Ikuti beberapa perbandingan ringkas antara iPhone 6s dan 7 bagi membantu anda membuat keputusan untuk membeli iPhone 7 atau kekal dengan iPhone 6s.

Rekabentuk

iPhone 7 masih mempunyai garis antena seperti model sebelum ini tetapi telah dialih sedikit ke atas. Perubahan ketara adalah dengan tiadanya jack untuk fon telinga. Apple bertindak nekad untuk tidak meletakkan jack tersebut sebaliknya membolehkan semua aksesori disambung pada Lightning port.

Kedua-dua model mempunyai saiz skrin yang sama dengan berat yang sedikit berlainan. Ia juga dibuat menggunakan aluminium siri 700 yang sama namun iPhone 7 mempunyai kelebihan kerana ia diberikan klasifikasi IP67. Ini bermaksud iPhone 7 mempunyai ketahanan terhadap debu dan air di mana ia boleh terus berfungsi dengan baik sekiranya tenggelam di dalam air tidak melebihi 30 minit.

Kamera

iPhone model terbaru ini mempunyai kamera belakang 12-megapixel yang direka semula dengan aperture F1.8, yang mana lebih besar daripada sebelum ini. Ia juga memperkenalkan penstabilan imej optik, penampilan pertamanya pada iPhone. Untuk menambahkan warna-warna hangat dan sejuk untuk imej, terdapat empat flash LED. Semua ciri-ciri baru itu membantu 7 iPhone mengatasi kekurangan 6s dalam mengambil gambar pada cahaya rendah.

Prestasi Pemproses

7 dilengkapi dengan cip A10 Fusion dengan M10 motion co-processor memberikannya lebih 40% kelajuan berbanding cip A9 pada 6s. iPhone 7 turut mempunyai unit pemprosesan grafik (GPU) terbaru yang dikatakan 50% lebih laju daripada cip A9. Kedua-dua model bagaimanapun hanya mempunyai 2GB RAM.

Tukar atau Tidak?

IPhone 7 sebenarnya memberikan banyak perubahan berbanding 6s. Perubahan besar pada ketahanan, kamera yang lebih canggih, prestasi yang lebih baik serta rintangan kepada air dan debu memberikan banyak kelebihan kepada iPhone 7 berbanding 6s.

Maka amat berbaloi sekiranya anda bertukar kepada iPhone 7 ini.

Namun, sekiranya anda masih ragu-ragu, anda boleh menunggu untuk melihat apa yang akan diperkenalkan oleh Apple sempena ulang tahun ke-10 iPhone pada tahun hadapan. Pastinya Apple akan memperkenalkan sesuatu yang baharu pada model iPhone mereka.

LEAVE A REPLY