INVOKE

UMUM mengetahui Rafizi Ramli baru-baru ini telah mendedahkan hasil kaji selidik INVOKE mengenai Najib tidak lagi popular untuk menjadi teraju kepimpinan negara selepas PRU-14 kelak.

Ini di mana menerusi tinjauan pendapat tersebut, Rafizi menyatakan hanya 3 daripada 10 rakyat Malaysia memilih Najib sebagai PM pilihan mereka untuk memimpin tampuk negara selepas ini.

Namun, ketelusan dapatan untuk kaji selidik ini sangatlah diragui ramai, lebih-lebih lagi oleh PPBM yang secara terang-terangan mempersoal kredibiliti hasil kajian buah fikiran Rafizi ini.

Tiada maklumat demografi responden, jumlah responden yang menjawab kaji selidik terlalu sedikit, dan peratusan tidak menjawab kaji selidik adalah tinggi dalam jumlah 18,000 responden yang dikatakan terlibat dalam tinjauan pendapat ini, merupakan antara isu yang sedikit sebanyak menyebabkan hasil kajian ini dipertikai kredibilitinya.

Apakah asas dan rasional dalam pemilihan soalan dan taburan responden dalam kaji selidik itu?

Perlu diingatkan bahawa soalan-soalan berbaur propaganda dan hasil respon yang rendah juga boleh menjejaskan kredibiliti dapatan sesuatu kajian.

Lebih-lebih lagi INVOKE yang lahir dari hasil cetusan idea PKR, dilihat sengaja menyerang Najib secara peribadi lebih-lebih lagi menjelang PRU-14 ini.

Dengan isu pengumuman Anwar sebagai PM pilihan Pakatan Harapan, INVOKE melalui kaji selidik yang sama mendedahkan Dr. Wan Azizah juga antara calon PM tidak popular di kalangan rakyat Malaysia.

Timbul persoalan adakah layak Dr. Wan Azizah untuk mengambil alih kepimpinan negara secara interim jika Pakatan Harapan berjaya merampas kuasa dalam PRU akan datang?

Jika hasil kaji selidik yang dijalankan oleh NGO PKR sendiri telah menjatuhkan reputasi Dr. Wan Azizah secara nyata, adakah rakyat berani mempertaruhkan negara di tangan Pakatan Harapan selepas ini?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here