Intel pecah rekod dunia terbaru dalam Guinness World Record untuk kategori Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) terbang pada masa yang sama. Sebanyak 500 pesawat melakukan rutin sempurna bersama-sama bagi menjayakan satu pertunjukan cahaya yang menakjubkan di Jerman.

Kejayaan mencipta rekod baru UAV baru ini, menggunakan drone dengan berat hanya 280 gram dan beroperasi secara elektrik sepenuhnya, direka khusus untuk tujuan pertunjukkan dramatik udara.

Semua 500 pesawat bergerak sebagai satu kumpulan tunggal, yang dikendalikan oleh seorang juruterbang dengan komputer riba.

Wakil hakim daripada pihak Guinness World Records Lena Kuhlmann merasmikan percubaan tersebut, menghitung drone dan memastikan mereka semua kekal di udara untuk sekurang-kurangnya satu minit.

Intel Corporation menunjukkan persembahan cahaya yang dihasilkan oleh beratus-ratus drone, masing-masing dilengkapi dengan lampu LED di padang bola sepak di Jerman. Intel pertama kali memahatkan nama di dalam Guinness World Records pada 2015 dengan 100 drone.

UAV terbang dalam formasi dan membentuk nombor ‘500’ dan kemudian logo syarikat.

“Drone ini mampu untuk terbang secara bersama seperti sebuah armada, ini adalah kali pertama kami dapat menunjukkan ia berfungsi dengan baik dengan begitu banyak drone serentak!” kata Daniel Gurdan, Ketua Intel Engineering.
“Kami menunjukkan kepada pengawal selia undang-undang drone di seluruh dunia yang teknologi UAV sekiranya digunakan dengan cara yang betul, ia boleh membantu membentuk peraturan baru untuk drone,” kata Natalie Cheung, Ketua Perniagaan Intel Light Show.

LEAVE A REPLY