ini

Singapura adalah salah satu negara yang sering mendapat produk Apple pada peringkat pertama.

Bermula penghujung tahun ini, mungkin anda ada lagi satu sebab untuk ke Singapura bagi mendapatkan barangan Apple, iaitu Apple Store rasmi pertama di Asia Tenggara.

Apple telah mengesahkan pada tahun 2015 lepas, mereka akan membuka Apple Store pertama di Singapura, tetapi tidak memberikan sebarang tarikh rasmi ataupun lokasi untuknya.

Terkini, gambar pembangunan untuk kedai Apple rasmi pertama berkenaan hadir ke arena web – dikatakan akan terletak di Orchard Road di Singapura.

image via Tech In Asia

Pembangunan ini dijangka akan habis sepenuhnya pada penghujung Oktober 2016– sekaligus memberi ruang untuk Apple membukanya secara rasmi pada bulan November 2016.

Buat masa ini, masih tidak diketahui lagi bilakah Apple Store rasmi akan hadir ke Malaysia.Beberapa desas-desus berkaitan dengannya telah pun mula kedengaran, dan dikatakan Apple sedang mencari lokasi yang bersesuaian untuknya.

LEAVE A REPLY