Tatkala laungan ikonik “Merdeka” bergema, ia mengingatkan bagaimana Perdana Menteri kita yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengetuai delegasi menteri dan pemimpin politik Malaya dalam rundingan dengan pegawai-pegawai British di London untuk kemerdekaan.

Impian
Image via Astro Awani

Ia adalah 31 Ogos 1957, selepas menumpahkan segala keringat dan tangisan yang ada, sebuah negara itu baru dilahirkan, hampir tidak dapat menduduki tanah sendiri, tetapi dengan kesungguhan dan kegigihan melambung tinggi, impian menjadi terlaksana.

“Merdeka itu bukanlah suatu benda yang boleh mudah didapati, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan”

Selepas kemerdekaan, lelaki itu mengetuai impian rakyat, mempunyai visi buat Persekutuan Tanah Melayu dalam pembentukan sebuah negara Malaysia. Tarikh 16 September menjadi detik pencapaian Tunku yang teragung di mana sebuah negara wujud dengan rakyat berbilang kaum.

Semangat patriotisme tidak terkawal, dedikasi ghairah kepada negara dan cinta tidak berkesudahan kepada rakyatnya, inilah impian dari kata-kata Tunku.

Impian
Image via AZ Quotes

“Setiap kita harus hormat hak dan perasaan masing-masing, bertolak ansur dengan agama orang lain, adat dan tabiat, kerana menerusi kepelbagaian itu kita boleh mendapat perpaduan yang sebenar”

Selepas 59 tahun bebas dari penjajah, Malaysia menuju langkah seperti yang di impikan oleh Tunku. Namun, di sebalik kemajuan itu, pengertian perpaduan itu sudah tidak lagi menjadi simbol di dalam jiwa di mana semangat kesatuan menjadi semakin tiris. Peristiwa 13 Mei menjadi titik hitam dalam kisah hidupnya kerana ia sangat menguris hati apabila melihat pegaduhan sesama kaum yang membawa kepada perpecahan. Ia adalah kerana itu bukanlah asas kebebasan yang ingin di bawa.

Tunku tidak peduli siapa yang betul dan salah tetapi melihat perkelahian sesama bangsa tidak menjamin masa depan yang baik buat Malaysia. Malah, ia membawa kepada kejatuhan karier politiknya.

Di mana kita kini? Impiannya adalah untuk melihat semua bersama. Tapi, sekarang tidak seperti dahulu lagi. Semuanya mudah terasa dan terguris. Agama menjadi permainan lambung. Kesangsian semakin menebal. Semuanya menuduh sesama sendiri rasis. Ada yang kata UMNO rasis, DAP rasis, PAS rasis, PKR rasis, habis siapa yang tidak rasis?Menuding jari bukan saatnya.

Image via Twitter
Image via Twitter

“Kumpulkan segala tenaga dan usaha bagi membina perasaan muhibah di kalangan rakyat untuk selama-lamanya bagi menjamin peristiwa pahit tidak berulang.”

Melihat situasi semasa, politik berlebihan tidak kira pemerintah atau pembangkang yang menjaja isu perkauman, tidak akan menjamin masa depan yang baik buat Malaysia. Tidak salahnya saling bekerjasama demi negara itu sendiri tetapi bukan bangga akan kejayaan sedia ada. Rakyat tidak pernah berkira siapa yang memerintah, masakan sehingga kini ia terus kekal memimpin. Gunakanlah mandat sebaiknya. Didiklah anak-anak muda erti bersatu.

Jangan salahkan anak Melayu tidak makan nasi lemak dengan anak Cina, jangan salahkan anak Cina tidak minum teh tarik dengan anak India, dan jangan salahkan anak Sabah dan Sarawak benci Semenanjung.

Sudah tiba masanya pemimpin-pemimpin sedia ada melihat akan impian Tunku ini. Cukuplah dengan isu memilih “warna” . Tidak salah menjadi buta warna dan hanya memilih Malaysia sebagai satu warna. Masa depan adalah di tangan anak-anak ini yang akan memimpin negara ke arah yang lebih aman dan sentosa.

“Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk”. Bak kata iklan DIGI, #BukalahHati

Selamat Hari Malaysia Tidak Lama Lagi.

LEAVE A REPLY