imf
Cover image via BBC

LIMA (Peru), 21 Nov — Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) menyokong langkah yang diambil ke atas mata wang Malaysia, selain menyatakan bahawa pergerakan nilai ringgit adalah luar kawalan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata beliau bertanyakan perkara tersebut kepada Pengarah Urusan IMF Christine Lagarde pada sesi dialog tidak rasmi pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) bersama Lagarde di sini pada Ahad.

Dialog tidak rasmi itu diadakan dalam rangka Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC, yang berakhir pada Ahad.

“Dia (Lagarde) menyokong apa yang Malaysia lakukan iaitu mata wang terapung sebagai barisan pertahanan terbaik disebabkan apa yang berlaku pada ringgit adalah di luar kawalan kita,” katanya.

Najib berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC yang berakhir di sini.

Dalam pertemuannya dengan Pakatan Perniagaan US-APEC, yang turut disertai wakil Moody’s, Najib berkata wakil agensi penarafan itu tidak menyatakan bahawa Malaysia dalam keadaan cemas.

“Jadi, kalau orang kata Malaysia dalam keadaan cemas, itu bermotivasikan politik,” katanya.

LEAVE A REPLY