iklan

Facebook dilihat sedang menguji kebolehan memaparkan iklan di dalam video Facebook Live yang sedang ditayangkan.

Melalui ujian yang dilakukan, Facebook membolehkan penerbit yang menggunakan Facebook Live untuk memaparkan video promosi sekurang-kurangnya lima minit selepas sesuatu siaran dimulakan. Iklan yang dipaparkan pula haruslah tidak melebihi daripada 15 saat.

image via Tech Crunch

Buat masa ini, ia hanya sekadar ujian sahaja, dan tidak diketahui sama ada ia akan diperluaskan kepada semua ataupun tidak. Sekiranya ya, ia akan memberikan ruangan untuk Facebook dan penerbit Facebook Live menjana duit tambahan – disamping turut boleh digunakan masa tersebut untuk mengambil masa rehat sebentar ketika Facebook Live sedang berlangsung.

LEAVE A REPLY