Ibrahim

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata Umno-BN tidak mampu merampas negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Ibrahim yang pernah menang kerusi berkenaan atas tiket Umno dan juga sebagai calon BEBAS tetapi melalui sokongan PAS, berkata, meskipun rakyat semakin gelisah dengan tindak tanduk pentadbiran PAS, namun mereka telah sebati dengan PAS serta menolak Umno.

“Rata-rata cakap tak puas hati dengan PAS tetapi orang Kelantan majoriti yang juga atas pagar terutama yang merantau dari Kuala Lumpur balik tetap mengundi PAS, sebab mereka pemikiran tak nak Umno, tak terima kepimpinan Umno.

“Jadi, walaupun keadaan ini wujud di Kelantan, rakyat tak senang hati dengan PAS di kelantan, tetapi tidak mudah untuk Umno untuk merampasnya dari PAS,” kata Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat PERKASA, Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa sebelum ini berkata Umno Kelantan tidak perlu berada dalam kedudukan selesa walaupun terdapat pihak membayangkan BN mempunyai peluang cerah untuk kembali mentadbir negeri itu.

Beliau berkata, Umno Kelantan sepatutnya perlu membuat persiapan rapi bagi menghadapi pilihan raya ke-14 yang mesti diadakan sebelum pertengahan tahun depan.

Selain Annuar, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah turut membayangkan BN mempunyai peluang paling cerah untuk menamatkan penguasaan 27 tahun kerajaan PAS Kelantan.

Presiden PERKASA itu berkata, rakyat Kelantan adalah unik di mana mereka tidak pernah kisah dengan kegagalan pentadbiran PAS dalam membangunkan negeri itu khususnya ekonomi.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here