taimiyyah

KUALA LUMPUR – Ibn Taimiyyah tidak pernah melahirkan pengganas seperti Daesh ketika beliau masih hidup.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Ibn Taimiyah hanya dipilih oleh Daesh sebagai ikutan kerana ulama itu terlalu popular dan dijadikan tokoh oleh ramai Muslim.

“Sepanjang hidupnya, Ibn Taimiyyah telah melahirkan ramai agamawan dan alim ulama, dan tidak seorang pun yang jadi pengganas ketika itu.

“Ibn Taimiyyah dikagumi dan menjadi tokoh kepada ramai individu sepanjang zaman, kesemua mereka tidak pernah menjadi pengganas,” katanya menerusi Forum Salah Faham Fatwa Ibn Taimiyyah: Satu Penjelasan di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, di sini, hari ini.

Mohd Asri dalam masa yang sama turut meminta pihak keselamatan mendapatkan nasihat yang betul dalam isu Ibn Taimiyyah.

Katanya lagi, pihak berkuasa perlu lebih berhati-hati dalam menilai pendapat sesetengah pihak.

“Ibn Taimiyah adalah orang yang bercakap dalam semua bidang. Geng Daesh bila bercakap tidak pernah popular, hanya bila mereka sebut tentang Ibn Taimiyah barulah suara mereka didengar, sebab itulah mereka memilih Ibn Taimiyyah.

“Jangan ambil nasihat orang yang bias. Pihak polis, kita nak selesaikan kes ini, jangan bawak seorang untuk gaduh dengan semua orang,” tegasnya.

Sementara itu, penceramah bebas, Ahmad Jailani Abdul Ghani berkata, semua pihak sepatutnya membaca dan memahami terlebih dahulu fatwa Ibj Taimiyah sebelum mengeluarkan pendapat terhadap isu tersebut.

‎”Sebelum kritik orang lain, kita kena faham dulu apa yang orang kata. Kalau kita nak kritik Ibn Taimiyah kena baca dan faham fatwa beliau.

‎”Pastikan kita faham dengan cara yang betul,” ujarnya.

‎Beliau berkata, semua pihak sepatutnya menafsir dan mengkaji terlebih dahulu setiap fatwa yang dikeluarkan Ibn Taimiyah.

‎Langkah tersebut dikatakan boleh mengelakkan salah faham masyarakat terhadap fahaman yang dikeluarkan ulama tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here