Hutang

KUALA LUMPUR: Isu tunggakan bayaran oleh syarikat Safitex kepada Delima Oil Products (DOP) yang dibangkitkan oleh pengurusan FGV hanya untuk dijadikan alasan bagi menyingkirkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad.

Zakaria yang dipaksa bercuti daripada jawatannya berkata, tunggakan itu yang hanya kira-kira 0.2 peratus daripada perolehan FGV, bukanlah isu besar sehingga cukup kuat untuk dijadikan sebab beliau dipaksa meletak jawatan, atau dipecat.

Katanya, beliau percaya ada perkara lain di sebalik desakan peletakan jawatannya oleh Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad, yang berkemungkinan bersifat peribadi. “Ini hanya dijadikan penyebab. Ia bukan isu besar. (Isu ini) sengaja ditimbulkan supaya saya, sama ada ditekan untuk meletakkan jawatan atau dipecat,” katanya pada sesi temu bual bersama BH dan NST di Menara FELDA di sini, hari ini.

Zakaria berkata, Isa pertama kali mengarahkannya meletakkan jawatan dalam satu pertemuan selama kira-kira 15 minit yang turut dihadiri dua setiausaha syarikat pada kira-kira jam 4 petang, 31 Mei lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here