Adakah anda menanti peranti Nexus terkini yang bakal dihasilkan oleh HTC? Dua peranti dengan kod nama Marlin dan Sailfish dikatakan bakal dihasilkan.

Marlin ialah edisi dengan spesifikasi lebih tinggi dan skrin lebih besar. Kedua-dua peranti akan mempunyai rekaan yang sama seperti gambar 3D yang tertiris beberapa bulan yang lalu. Pagi ini gambar sebenar HTC Sailfish tertiris.

Dari apa yang tertiris jelas sekali panel belakang yang menyerupai HTC One A9. Perbezaan hanyalah panel di bahagian atas diperbuat daripada kaca dengan pengimbas cap jari terbina.

image via WCCF Tech

Sisi pula mempunyai rekaan chamfer seperti yang dilihat pada HTC 10. Ura-ura mengatakan Sailfish bakal hadir dengan skrin 5-inci dengan paparan 1080p, cip pemprosesan empat-teras 2.0GHz, memori sehingga 4GB RAM, dan ruangan storan 32GB.

Ia turut dijangka hadir dengan kamera belakang 12-megapixel dan juga kamera hadapan 8-megapixel. Apakah pendapat anda mengenai rekaan Nexus versi terkini ini?

LEAVE A REPLY