Saturday, December 10, 2016
Harimau Malaysia Hanya Sasar Separuh Akhir

Harimau Malaysia Hanya Sasar Separuh Akhir

67
0
Harimau Malaysia
Foto Sinar Harian

KUALA LUMPUR – Pernah muncul juara pada 2010 dan bergelar naib juara dua kali, namun skuad Harimau Malaysia meletakkan sasaran sederhana pada Piala AFF 2016 yang bermula hujung minggu ini dengan sekadar menyasarkan separuh akhir.

Walaupun turun bersama reputasi besar dan menjadi pilihan untuk melepasi peringkat kumpulan bersama Vietnam, juara 2008, namun kehadiran Myanmar selaku tuan rumah tidak boleh diambil mudah, begitu juga Kemboja, pasukan yang akan ditemui Harimau Malaysia dalam aksi pembukaan, Ahad ini.

Pengurus Harimau Malaysia Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, misi awal Malaysia adalah melepasi Kumpulan B, yang mana berjaya menempatkan diri dalam kedudukan dua terbaik akan mengesahkan slot separuh akhir.

“Kami kena selesaikan satu persatu perlawanan dengan Kemboja akan menjadi pasukan pertama bakal kita hadapi Ahad ini, kemudian Vietnam dan tuan rumah Myanmar.

“Misi utama adalah meraih tiga mata menentang Kemboja, kemudian beri tumpuan untuk melepasi peringkat kumpulan. Selepas mara ke separuh akhir, kami akan jumpa semula media (tetapkan sasaran baharu).

“Saya ada berkata kepada Safee Sali, saya tidak mahu Safee 90 minit atas padang, tetapi saya mahukan 30 minit Safee ketika 2014, dan dia tahu apa yang perlu dilakukannya.

“Saya mengharapkan Safee dan Norshahrul Idlan Talaha akan menjadi senjata utama saya ketika dalam Piala AFF,” kata Hamidin dalam sidang akhbar di sini, hari ini

Malaysia muncul juara buat kali pertama pada 2010 selepas mengalahkan Indonesia dalam perlawanan akhir.

Hasrat untuk mengulangi kejayaan itu pada 2014 tidak kesampaian apabila tewas kepada Thailand menerusi agregat 3-4 di final. Skuad negara juga bergelar naib juara pada 1996.

Sementara itu, kapten Harimau Malaysia, Amri Yahyah berkata, rakan-rakan sepasukannya sudah tidak sabar untuk menyahut cabaran Piala AFF dan yakin berada dalam keadaan terbaik.

“Setakat ini semua pemain memberi komitmen yang tinggi. Kalau nak ikutkan, masa latihan…Tiada masalah.

“Saya harap mereka lebih tenang dan memberi fokus pada setiap perlawanan,” jelas bintang penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

Skuad negara akan berlepas ke Yangon, Myanmar esok sebelum membuka tirai perlawanan pertama kumpulan B menentang Kemboja, Ahad ini.

LEAVE A REPLY