harga

PENINGKATAN harga rumah telah sekian lama menjadi isu penting dalam kalangan rakyat. Satu kajian oleh Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendapati 60 peratus kakitangan awam yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan tidak mampu memiliki rumah sendiri lantaran harga ‘sangat tidak mampu dimiliki’ atau ‘sangat mahal’ berdasarkan piawaian antarabangsa.

Golongan belia merupakan kumpulan yang paling terkesan dengan kenaikan yang tidak masuk akal ini. Jelas sekali harga rumah yang tinggi menyukarkan kebanyakan orang untuk membeli sebuah rumah yang merupakan keperluan asas.

4ba6

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz pernah menyatakan bahawa rumah yang berharga sehingga RM165,060 dianggap mampu dimiliki isi rumah median di Malaysia. Walau bagaimanapun, hanya 21 peratus daripada projek perumahan baharu dilancarkan di Malaysia pada 2014 berharga di bawah RM250,000.

Menerusi Bajet 2016, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM200 juta bagi pelaksanaan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) bertujuan membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) yang mempunyai pendapatan isi rumah di antara RM3,000 dan RM10,000. Inisiatif kerajaan melalui pelaksanaan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) juga telah membantu menambah penawaran rumah mampu milik bagi membantu rakyat.

rumah
PPA1M

Walau bagaimanapun, pemilikan rumah oleh rakyat tetap sukar dengan sikap segelintir pemaju swasta yang terlalu mementingkan keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan kesejahteraan rakyat Malaysia. Sejak tahun 2005, tren yang ditunjukkan pemaju swasta lebih banyak membina rumah kos tinggi dan semakin kurang membina rumah mampu milik dan kos rendah.

Motif pemaju hanyalah mahu memaksimumkan keuntungan dan disebabkan itu, kerajaan perlu campur tangan bagi mengimbangi antara permintaan dan penawaran. Undang-undang ketat berkaitan kawalan harga rumah perlu diwujudkan seperti yang dilaksanakan oleh Singapura dan Korea Selatan bagi mengawal dan mengambil tindakan tegas kepada pemaju yang mengambil kesempatan menaikkan harga rumah di samping mengelakkan spekulasi harga rumah berlaku.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here