Berkuatkuasa tengah malam ini, harga petrol di peringkat tempatan dijangka menurun lagi secara menyeluruh buat tiga minggu berturut-turut.

Harga runcit petrol  RON95 dan RON 97 turun sebanyak 10 sen kepada, masing-masing, pada paras RM2.01 dan RM2.29 seliter.

Manakala harga runcit diesel pula berada pada paras RM2.02 seliter berikutan penurunan sebanyak enam sen.

Harga bahan api kini ditentukan dengan menggunakan sistem harga siling mingguan yang diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Harga terkini bahan api tersebut kini berada pada tahap terendah sejak pengenalan sistem harga bahan api mingguan pada 30 Mac yang lalu.

Harga runcit bahan api ditentukan berdasarkan Mean of Platts Singapore (mop) dan purata kekuatan mata wang minggu sebelumnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here