Harga petrol

Berkuatkuasa tengah malam ini, harga runcit bagi RON 95, RON 97 dan diesel akan turun berdasarkan beberapa laporan media.

Menurut Sin Chew Daily dan Oriental Daily News, harga bagi RON95 dan RON97 akan berkurangan sebanyak enam sen, menjadikan harga runcit masing kepada RM2.21 dan RM2.48.

Manakala bagi diesel,  ia turun tujuh sen, menjadikan harga runcit yang baru kepada RM2.14.

Harga bahan api kini berdasarkan sistem harga siling mingguan baru.

Syarikat yang ingin menjual di bawah harga siling mingguan mesti mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan.

Harga bahan api bulanan sebelum ini ditentukan berdasarkan sistem apungan terurus dipanggil “Mekanisme Harga Automatik” (APM).

Ia menentukan harga minyak bulan dengan berdasarkan nilai pasaran purata bahan api tertentu dan kekuatan ringgit pada bulan sebelumnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here