Cover image via Avacubes.com

Harga pasaran hadapan minyak mentah meningkat naik pada awal dagangan di Asia, hari ini selepas kumpulan industri mengeluarkan perangkaan mingguan yang menunjukkan stok simpanan di Amerika Syarikat (AS) jatuh lebih tinggi daripada dijangkakan minggu lalu.

A pumpjack drills for oil in the Monterey Shale, California. Sumber imej: reuters

Kontrak minyak mentah Brent naik 13 cents kepada AS$46.79 setong pada 0017 GMT. Semalam, kontrak hadapan itu jatuh 30 cents atau 0.6 peratus kepada AS$46.66 setong. Kontrak minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) naik tujuh cents kepada AS$44.72 setong.

Ia jatuh 59 cents atau 1.3 peratus kepada AS$44.65 pada sesi sebelumnya. Laporan kumpulan perdagangan, American Petroleum Institute (API), menunjukkan stok simpanan AS jatuh sebanyak 2.3 juta tong minggu Jumlah itu melebihi kejatuhan 2.1 juta tong, yang diunjurkan dalam pungutan suara Reuters.

Bagi inventori yang disuling, termasuk diesel, API melaporkan kejutan kejatuhan 484,000 tong. Ia juga berkata, terdapat peningkatan petrol tidak dijangka sebanyak 805,000 tong. Agensi kerajaan AS, Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), akan mengeluarkan perangkaan inventori hari ini.

Jika EIA mengesahkan kejatuhan, ia adalah kejatuhan kali kesembilan berturut-turut dalam stok simpanan AS.

LEAVE A REPLY