Sumber imej: elendureports.com

Harga minyak meningkat dalam dagangan awal hari ini selepas minyak mentah AS memecahkan rekod yang berada pada bawah AS$40 setong pada sesi sebelumnya, namun peniaga berkata pasaran bahan api terus dibelenggu oleh pengeluaran yang berlebihan.

Minyak Mentah West Texas Intermediate. Sumber imej: http://gcaptain.com/

Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS didagangkan AS$40.16 setong pada 0148 GMT, naik 10 cents dari penutup terakhirnya selepas jatuh di bawah AS$40 bagi kali pertama sejak April, sesi sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan pada AS$42.34 setong, naik 20 cents dari penutup terakhirnya.

Walaupun harga sedikit tinggi pada awal dagangan hari ini, penganalisis berkata, lebihan pengeluaran dalam minyak mentah serta sektor penapisan masih membebankan pasaran.

Hasilnya, pengeluar mungkin akan mengurangkan tempahan untuk sumber minyak mentah baharu, dan meletakkan lebih tekanan jangka pendek ke atas harga dan sebaliknya akan mula meningkatkan inventori penuh.

VIABHOnline
SOURCEReuters
SHARE
Previous articleTPP: Kredibiliti AS Kini Terancam – Singapura
Next articleCBI India Mohon Waran Tangkap Ananda Krishnan
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here