Semalam menyaksikan satu peristiwa yang janggal dalam arena politik negara apabila dua watak politik utama negara iaitu Tun Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim bersua muka dan bersalaman di mahkamah buat pertama kali selepas 18 tahun. Ia menjadi trending di kalangan netizen yang menyambut baik pertemuan tersebut manakala sebahagian mereka beranggapan ia adalah situasi biasa politik di mana musuh adalah kawan dan kawan adalah musuh.

harapan

Halunisasi Mahathir

Tidak kira apa alasan Mahathir untuk berada di sana, peristiwa ini bukanlah satu pertemuan dua sahabat yang lama tidak berjumpa tetapi ia adalah mesej perang kepada UMNO terutamanya Najib. “

“Mengenali tatacara Mahathir, sememangnya majoriti penganalisis politik bersetuju bahawa Anwar merupakan harapan terakhirnya.”

Mahathir adalah seorang politikus/strategis yang mempunyai ego yang tinggi dan prinsip yang jelas. Kedua-dua individu ini pernah bergabung satu ketika dahulu dan amat digeruni oleh musuh-musuh mereka di era 90an dan kini gabungan itu muncul sekali lagi bagi menentang BN dan UMNO. Tiada siapa dari pembangkang yang mengenali BN melainkan kedua-dua bekas jeneral ini.

Mahathir mungkin dilihat seperti terdesak dalam cubaan untuk berbaik semula dengan Anwar apatah lagi selepas krisis 1998. Namun, ini merupakan salah satu strategi halunisasi Mahathir untuk mendapat sokongan menyeluruh daripada penyokong kuat bekas TPM ini. Kebijaksanaan beliau adalah terletak di mindanya di mana Mahathir sesekali tidak akan membuat sesuatu keputusan mengikut emosi tetapi lebih kepada kepentingan. Jika kita melihat bahawa peristiwa semalam adalah sebagai tanda sesalan beliau di atas tindakannya terhadap Anwar, ia adalah tidak betul sesama sekali.

“Strategis seperti Mahathir lebih mementingkan kejayaan sesuatu tindakan berbanding melayani emosi yang berlebihan.”

Walaupun populariti Anwar tidak tinggi seperti sebelum ini, namun sokongan tidak berbelah bagi pelajar universiti, kaum Cina dan India masih lagi utuh bersamanya. Magis ini yang amat diperlukan Mahathir yang sememangnya tidak ada pada Najib yang dahulu merupakan protégénya. Walaubagaimanapun, ia perlu di ingat bahawa sentimen semasa sangat berbeza berbanding di era pasca 90 an. Kehadiran media sosial kini menjadi medan perang bagi menguasai Putrajaya. Jika dahulu pembangkang menguasai arena ini, tetapi kini BN telah belajar dari kesilapan dan peluang untuk meraih sokongan netizen adalah sama rata.

Najib Masih Di Sini

najib2Sememangnya gambar semalam telah membuatkan Najib berada dalam kedudukan tidak selesa apatah lagi melihat kedua-duanya bersalaman mesra.

“Najib telah “survive” dalam perang menentang Anwar dan Mahathir secara satu lawan satu.”

Walaupun tidak cedera parah, beliau berjaya mengatasinya dengan baik dan membuktikan keupayaan yang dimiliki.

Namun, dalam penentangan terhadap gabungan Mahathir-Anwar, Najib tidak boleh berseorangan kali ini. Sokongan Haji Hadi dan PAS hanya kecil dan tidak banyak membantu BN. Najib memerlukan satu magis seperti yang dimiliki Mahathir dalam menghadapi perang politik terbesar dalam kariernya.

Segalanya telah bermula

Paluan gong telah berbunyi. Ini bermakna PRU-14 dijangka tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Rakyat kini menghadapi satu fenomena kecelaruan politik di mana rakyat berbelah bagi dalam memberi sokongan kepada kerajaan atau pembangkang. Bilangan golongan atas pagar akan menjadi semakin ramai dan menunggu saat terakhir untuk menyatakan undi mereka. Peluang masih lagi sama rata.

“Tidak mustahil gabungan ini tidak berjaya dan Najib memenangi undi rakyat. Segalanya tidak mustahil.”

 

 

LEAVE A REPLY