hans isaac
Cover image via mynewshub.cc

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa sudah memeluk agama Islam,” kata pelakon Datuk Hans Isaac, 45.

Katanya, sebarang hal mengenai dirinya haruslah melalui kenyataan daripada mulutnya sendiri atau dikeluarkan dalam media sosial rasminya.

“Semua itu tidak betul. Siapalah orang yang pandai-pandai mengatakan saya sudah masuk Islam. Saya masih beragama Kristian (Roman Katolik).

“Saya sedang sibuk dan baru balik dari luar negeri untuk urusan kerja, timbul pula cerita ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam laporan sebuah portal hiburan, Hans dikatakan sudah memeluk agama Islam di sebuah negeri Pantai Timur pada awal tahun ini.

Artikel berkaitan: Tidak Menyesal Kahwin Lambat – Hans Isaac

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here