hak bumiputra

“Saya sedih dengan sifat orang Melayu sendiri yang menjadi dalang konspirasi penjualan unit rumah bagi kuota bumiputra. Orang Melayu tidak lagi sayang dan mempedulikan nasib bangsanya sendiri

Demikianlah perasaan yang dilahirkan oleh Yang Berbahgia SUK kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Seri Farizan bin Darus. Beliau ditemui semasa majlis iftar CSR, di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, kelmarin.

“Saya fikir tidak munasabah kepada seorang bumiputra boleh membeli rumah yang sama melebihi 4 unit dengan harga melebihi RM1juta seunit yang selama ini mereka dianggap kurang mampu”. Akibat kesangsian itu beliau berjaya menghidu taktik sekumpulan kecil bumiputra yang sanggup memperdagangkan hak bangsanya sendiri.

Dato’ Seri Farizan mengulas mengenai taktik segelintir pemaju perumahan Melayu yang begitu rakus dalam projek pembangunan perumahan di negeri itu.

Salah seorang daripadanya sekarang ini telah diseret oleh SPRM ke muka pengadilan kerana melakukan penipuan dan mengelirukan kerajaan negeri.

Pemaju yang diheret itu dilaporkan cuba meraih keuntungan berlipat ganda melalui cara mengelak pembayaran cukai perlepasan status kuota bumiputra untuk kondominium yang disifatkan tak mampu dibeli oleh orang Melayu.

Kondominium dianggarkan bernilai RM 1.7juta seunit dibina di sekeping tanah di Pulau Pinang.

Keengganan mereka membayar cukai status perlepasan kuota yang sepatut kepada bahagian perumahan kerajaan negeri itu, tentu sahaja merugikan.

Katanya, cukai yang dikenakan sebanyak 5% daripada seunit kondominium yang dibina boleh mencecah ratusan ribu ringgit dan ia boleh sahaja dijadikan dana bagi membina semula rumah-rumah mampu milik dan kos rendah untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu.

Sementara itu, rumah yang menjadi kuota dan milik bumiputra mendapat potongan diskaun antara 5 hingga 10 peratus. Maka sebab itulah diskaun lebih 5- ke peratus daripada keistimewaan kuota bumiputra dicuri kembali melalui penjualan semula pada harga asal yang lebih tinggi ditawarkan kepada bangsa lain.

Taktik yang dihidu oleh bahagian perumahan negeri itu jika 50 unit yang sepatutnya dijual kepada bumiputra, maka 20 puluh daripadanya akan di isi dengan nama-nama pembeli dikalangan orang Melayu.

Selebihnya mereka memohon status pelepasan status kouta daripada kerajaan negeri. Mereka mengutip nama-nama pembeli rumah termasuk kad pengenalan dan menggunakan khidmat peguam yang berasingan dengan peguam pembeli sebenar kondomunium tersebut. Taktik ini mudah dan pendapatan darinya sahaja agak lumayan.

‘Saya meneliti satu persatu dan mendapati tanda tangan pembeli bumiputra itu dan coraknya hampir sama di antara satu dengan yang lain. Saya sangat sensitif mengenai perkara ini dan saya membuat penilaian dan memastikan siapa pembeli rumah berkenaan? “ ujarnya .

Dasar pemilikan rumah yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan bahawa setiap projek perumahan wajib menyediakan 30 peratus unit rumah untuk dibeli oleh kaum bumiputera nampaknya semakin diabaikan. Pihak pemaju sering mengungkit bahawa dasar itu merugikan mereka apatah lagi diskaun yang terpaksa dikenakan kerana ‘keistimewaan’.

Maka sebab itu mereka mensasarkan pembeli bukan Melayu dan menetapkan harga pada tahap maksimum. Tak kurang juga ada pemaju perumahan yang hanya menjual kepada bangsanya sendiri berdasarkan geopolitik sesuatu kawasan.

Dato Seri Farizan telah mengarahkan pegawainya menyiasat siapa pembeli sebenar rumah tersebut?

Setelah disiasat sememangnya mereka adalah pembeli yang bercadang membeli rumah-rumah murah yang baru dibangunkan. Kebanyakkan mereka sangat terkejut bagaimana nama mereka digunakan dan dikaitkan dengan pembelian kondomunium tersebut.

Serentak dengan itu, beliau melaporkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, SPRM untuk mengambil tindakan dan mengadakan siasatan terpeinci. Ketika ini sudah dihidu bagaimana taktik yang serupa dilakukan oleh beberapa pemaju perumahan sebelum ini.

Dalam kes penjualan kondomunium berkenaan, turut terlibat adalah rakan kongsinya yang juga seorang ahli perniagaan berbangsa Melayu yang mempunyai kedudukan tinggi dalam parti dan beliau mengaku telah bersubahat dan menerima habuan yang begitu lumayan.

Dato Seri Farizan turut menyentuh sebuah lagi projek resort yang telah diluluskan di Bertam sebelum ini dan diusahakan oleh seorang pemaju dan kontraktor Melayu. Projek Resort Abeedeen (kalau mahu disiarkan nama projek) hampir siap sepenuhnya tapi terbengkalai sejak beberapa tahun lalu.

Beliau menyifatkan pemajunya sengaja ingin melakukan penipuan dari awal lagi. Pemaju berjaya mengelirukan pihak bank dengan tidak menamakan dirinya dalam syarikat berkenaan hinggakan beliau terlepas dari sebaran saman dan tuntutan oleh bank.

Ini adalah beberapa contoh penipuan cilik yang dilakukan oleh beberapa orang kontraktor dan pemaju Melayu sendiri hingga menidakkan nasib bangsanya.

Orang Melayu begini adalah Melayu elit yang lebih berminat kepada mengukuhkan kekayaan sendiri tanpa lagi menghitung kesengsaraan dan maruah bangsanya.

Sedangkan orang lain telah meletakkan nama dan bangsanya di mana sahaja serta boleh menentukan geopolitik serta menikmati kemakmuran demi kemakmuran pada masa akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here