hafiz suip
Cover image via Rotikaya

Tahniah diucapkan kepada Hafiz Suip yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi. Berita gembira itu telah dikongsi beliau menerusi akaun Instagram dengan memuat naik video pemeriksaan kandungan isterinya semalam. Dikhabarkan kandungan bayi kini berusia 11 minggu.

“Memang rasa sangat teruja apabila tahu isteri mengandung beberapa minggu lalu. Kini usia kandungannya sudah memasuki fasa pertama.

“Saya nak kongsi berita gembira ini dengan semua peminat sebab itu saya memuat naik video tersebut di laman sosial biarpun kandungan masih awal”

“Alhamdulillah, alahan yang dialami Nureffy semakin baik. Biasalah, pembawaan ibu mengandung sentiasa rasa mual. Malah, saya mengalami alahan dan muntah seperti dia,” katanya.

Menurut Hafiz, biarpun kandungan isterinya masih baru namun beliau terlalu teruja dengan berita itu sehingga terus memaklumkan kepada peminatnya. Apapun tahniah sekali lagi diucapkan dan semoga isteri Hafiz diberi kesihatan yang baik sepanjang kehamilan.

Baca lagi: Konflik Karier Seni Hafiz Suip

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here