Hadi

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi  andaian berkemungkinan berlaku peralihan kuasa di Selangor ketika desas-desus mengenai usaha ke arah itu makin kencang kedengaran.

Utusan Malaysia Online melaporkan susulan perkembangan terbaru setelah Muktamar PAS ke-63 di Alor Setar, Kedah, minggu lalu, bersetuju meminta Majlis Syura Ulama membuat ketetapan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR yang menerajui negeri itu.

“Biasalah, kemungkinan (boleh) berlaku,” katanya yang dipetik portal milik Umno itu.

Utusan juga memetik Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang ketika bercakap dalam sidang akhbar di Pulau Kapas dekat Marang semalam sebagai berkata, semua pemimpin PAS di Selangor akan patuh kepada arahan kepemimpinan parti terutama berkaitan isu berkenaan.

“Apa yang penting adalah semua pemimpin (PAS) Selangor akan patuh pada arahan Pusat (PAS), itu yang penting.

“Apa-apa pun tindakan, kita akan lihat perkembangan selanjutnya,” katanya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here