dsv
Cover image via Astro Awani

PADA minggu lalu penaja Gegar Vaganza (GV), Datuk Seri Vida (DSV) mengumumkan bakal menggunakan imunitinya untuk menyerap masuk bekas bintang GV 3 yang telah tersingkir.

Bagaimanapun, pengumuman tentang penyerahan imuniti telah menyebabkan banyak pihak berteka-teki mengenai siapa yang bakal diserap masuk untuk kembali bertanding.

Lebih lucu apabila akaun Facebook palsu GV, juga turut membuat telahan sendiri dengan mengatakan DSV akan menggunakan imunitinya ke atas Elly Mazlein atau Kak Lina Pom.

Rata-rata pengikut akaun tersebut juga telah memberi pelbagai reaksi termasuk ramai yang tidak bersetuju dengan kemasukan semula bintang kontroversi GV 3 itu.

Ada juga yang berpendapat bintang tersingkir minggu lalu iaitu vokalis kumpulan Data lebih layak dibawa masuk dan bertanding semula di pentas GV 3.

Nampaknya program realiti GV musim ini semakin panas dengan pelbagai propanganda yang wujud, tetapi yang positifnya, GV 3 dapat publisiti percuma!

GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).

Konsert minggu keenam GV 3 bakal membawa tema RockDut dan lapan bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Baca lagi: GV3: Azharina Bimbang Berada Kedudukan Tiga Terbawah

LEAVE A REPLY