Guru

SEMPENA sambutan Hari Guru pada tahun 2017 ini, bersama – sama lah kita melahirkan penghargaan tidak terhingga terhadap golongan pendidik yang dipanggil “Guru”.

Guru memainkan peranan yang paling penting dalam membentuk sebuah masyarakat yang maju dan bertamadun kerana sudah menjadi tugas dan tanggungjawab utama setiap orang guru untuk mendidik dan melahirkan individu atau pelajar untuk memiliki ilmu pengetahuan, tahap jati diri yang tinggi, berperkerti mulia serta yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Tugas dan peranan penting yang dimainkan oleh seseorang guru tidak dapat dinafikan lagi dalam negara kita semenjak sekian lama.

Dengan segala bentuk cabaran dan dugaan yang tinggi yang harus diharungi oleh golongan guru pada masa kini dalam usaha mendidik dan melahirkan pelajar yang berguna pada agama, bangsa, dan negara, beban yang harus dipikul oleh golongan guru menjadi kian mencabar.

Bukan calang – calang orang boleh memikul tanggungjawab dan amanah sebagai seorang guru.

Seseorang guru itu harus memiliki tahap kematangan yang tinggi,  kesabaran yang kuat dan jiwa yang kental bagi mengharungi segala bentuk cabaran dan dugaan yang datang dalam melaksanakan segala jenis tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada diri mereka.

Dengan segala jenis tugas dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh golongan guru seperti menjalankan tugas hakiki disekolah, melaksanakan amanah yang telah diberikan untuk  mendidik dan mengajar para pelajar, serta pada masa yang sama memenuhi tanggungjawab diri mereka terhadap rumahtangga dan keluarga, kadang kala masyarakat mudah terpula yang golongan guru juga merupakan seorang manusia biasa sama seperti orang lain yang boleh terdedah untuk melakukan kesilapan kecil, terlupa atau terlepas pandang atas sesuatu perkara.

Apa yang lebih mendukacitakan, terdapat segelintir pihak yang dilihat lebih mementingkan diri sendiri serta suka mengambil peluang diatas perkara – perkara kecil yang berlaku serta menjatuhkan hukuman keras dan berat terhadap guru yang terlibat sehingga ada yang meluahkan kata – kata kutukan dan tomahan terhadap golongan terbabit.

Tindakan yang tidak bertanggungjawab berkenaan akhirnya akan menyebabkan masyarakat memandang rendah terhadap profession perguruan yang mulia itu.

Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku dalam masyarakat kita yang mendukungi budaya ketimuran yang penuh dengan sikap tolerensi, faham – memahami, bantu – membantu dan saling bekerjasama antara satu sama lain.

Sebarang ketidakpuasan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh mana – mana guru hendaklah disalurkan mengikut saluran yang betul mengikut segala peruntukkan peraturan dan undang – undang yang telah ditetapkan dalam negara kita bukannya dengan mengambil tindakkan sendiri.

Masyarakat khususnya golongan ibu bapa dan penjaga harus memainkan peranan mereka dalam mendidik dan melahirkan seorang individu atau pelajar yang mempunyai akhlak yang baik dan berguna Tugas mendidik tidak seharusnya diberikan 100% kepada golongan guru sahaja serta sebarang masalah yang timbul terhadap diri seseorang pelajar itu tidak seharusnya dituding jari terhadap guru sahaja.

Masyarakat sekeliling harus memainkan peranan masing – masing dalam membantu golongan guru dalam membentuk jati diri seseorang pelajar itu.

Pihak ibu bapa dan penjaga perlu sentiasa aktif bekerjasama dengan pihak guru serta pihak pengurusan sekolah dalam usaha mendidik anak – anak mereka serta menjadikan mereka sebagai insan yang berguna di masa depan.

Sekiranya semua pihak dalam masyarakat dapat memainkan peranan mereka dan menghulurkan kerjasama serta pada masa yang sama menghentikan sikap tuding jari antara satu sama lain ia sudah pasti dapat membendung segala masalah sosial yang dilihat banyak berlaku dikalangan golongan pelajar sekolah pada masa kini seperti masalah yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah, hisap rokok, terlibat dengan kegiatan gangsterism, gejala ponteng sekolah, jenayah buli, dan lain – lain lagi.

Selamat Hari Guru kepada semua guru.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here